NIAMEY, 31 MAC – Askar-askar ditahan di Niger selepas ‘cubaan rampasan kuasa’ awal hari ini, sumber keselamatan berkata selepas kejadian tembakan di ibu kota Niamey, menambah ‘situasi dalam keadaan terkawal’.
Penduduk berhampiran melaporkan mendengar bunyi tembakan pada waktu malam berhampiran kediaman presiden, beberapa hari sebelum presiden baharu, Mohamed Bazoum bakal mengambil alih jawatan.
“Ada beberapa orang yang ditahan dan antaranya adalah dari anggota tentera yang menjadi dalang kepada cubaan rampasan kuasa,” menurut sumber. – AFP