Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Rancangan Tesla luaskan tapak kilang lulus

    BERLIN, 17 MEI – Tesla berkata kelmarin rancangannya untuk meluaskan tapak pengeluarannya di Berlin telah diluluskan, mengatasi tentangan daripada penduduk dan aktivis alam sekitar.

    Pengeluar kereta elektrik Amerika Syarikat itu berkata ia ‘sangat gembira’ bahawa pegawai tempatan di bandar Gruenheide, di mana kilang itu terletak, telah mengundi untuk meluluskan rancangannnya.

    Tesla membuka kilang yang satu-satunya terletak di Eropah itu pada 2022 dengan menghadapi proses kelulusan dan pembinaan yang merumitkan selama dua tahun.

    Pembuat kereta itu perlu menyelesaikan beberapa siri halangan pentadbiran dan undang-undang sebelum pengeluaran boleh dimulakan termasuk aduan daripada penduduk tempatan mengenai kesan alam sekitar.

    Rancangan menggandakan kapasiti untuk menghasilkan sejuta kereta setahun di tapak itu dan mengambil kira-kira 12,000 pekerja telah diumumkan pada 2023.

    Tapak itu degan keluasan kira-kira 300 hektar, dijangka diperluaskan lagi seluas 170 hektar.

    Tetapi Tesla terpaksa menangguhkan cita-citanya untuk mengembangkan tapak yang sudah besar itu selepas menerima tentangan penduduk tempatan yang bimbang mengenai penebangan hutan, penggunaan air yang tinggi dan peningkatan trafik.

    Dalam cadangan baharu itu, Tesla telah membatalkan rancangan untuk logistik dan pusat penyimpanan serta kemudahan pekerja di tapak, sambil meninggalkan lebih banyak kawasan hutan di sekelilingnya.– AFP

    Penunjuk perasaan berkumpul di kilang Tesla di Gruenheide, Jerman, pada 11 Mei lalu. Rancangan Tesla untuk meluaskan kawasan kilangnya diluluskan pada 17 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...