Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Randle didenda AS$25,000 oleh NBA

    NEW YORK, 9 JAN – Penyerang New York Knicks, Julius Randle didenda AS$25,000 oleh NBA kelmarin kerana menggunakan kata-kata kotor, sebahagiannya untuk menjelaskan maksudnya di sebalik isyarat ‘thumbs down’ kepada penonton tuan rumah kerana mencemuh.

    NBA mendenda Randle kerana ‘penggunaan bahasa kotor semasa wawancara media’ selepas latihan pada Rabu dan sekali lagi pada Khamis selepas isyaratnya apabila New York menang 108-105 ke atas Boston di tempat sendiri.

    Dalam insiden terakhir, Randle membuat isyarat kepada peminat selepas menjaringkan pada suku keempat kerana mengejek Knicks pada awal kemenangan mereka.

    Selepas perlawanan, Randle memberitahu wartawan dengan cara makian, dia membuat isyarat untuk memberitahu penonton supaya diam.

    Pada Jumaat, Randle menulis mohon maaf dalam laman Instagramnya, mengatakan bahawa dia “harus mengendalikan perkara itu dengan cara berbeza.”

    Selepas kejadian pada Rabu tersebut, Randle menggunakan kata-kata kotor untuk menegur pengkritik, mengatakan dia tidak peduli apa yang mereka cakapkan.

    Randle, 27, diberikan gelaran sebagai Pemain Paling Meningkat NBA musim lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...