Monday, December 23, 2024
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Randy jawab dakwaan sudah tinggalkan dunia seni

    Dilihat sibuk berlatih sukan kick boxing sejak beberapa bulan lalu, ramai warganet mendakwa pelakon Randy Pangalila sudah meninggalkan dunia seni sebaliknya beralih menjadi seorang peninju.

    Memetik kenyataan mStar, lebih menguatkan spekulasi apabila Randy dilihat kurang berkongsi aktiviti seni malah lebih fokus menjalani latihan tinju.

    Randy atau Randy Dionisius Pangalila, 34, berkata meskipun belum rasmi meninggalkan dunia seni namun dia terbuka sekiranya ada pihak menawarkannya menjadi peninju profesional.

    Randy Pangalila semakin aktif menjadi seorang peninju professional.

    “Sebenarnya kalau saya dipanggil sebagai seorang atlet peninju pun okay, kerana yang ada fikiran saya hanya sebagai selebriti, pemuzik, pelakon filem atau drama.

    “Tapi kalau ada pihak menawarkan sesuatu yang lebih serius jadi saya pasti akan siapkan segalanya,” kata Randy sewaktu sesi temu bual itu.

    Difahamkan Randy kini sedang mempersiapkan diri menyertai kejuaraan kelas profesional Byon Combat Showbiz Vol 3 pada 22 Jun ini.

    Menjawab persoalan warganet berhubung status kariernya sebagai selebriti itu, Randy memberitahu walaupun sibuk dengan sesi latihan tinju namun aktiviti seninya masih berjalan seperti biasa. – Agensi

    Randy Pangalila semakin aktif menjadi seorang peninju professional. – Hmetro
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda