Saturday, March 29, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rang perundangan penjagaan kesihatan baru AS didedahkan

    WASHINGTON, 14 Julai – Para pemimpin Republikan mendedahkan rang undang-undang penjagaan kesihatan baru dalam usaha mereka yang semakin terdesak untuk menyampaikan janji tujuh tahun untuk memansuhkan dan menggantikan ‘Obamacare.’

    Mereka serta-merta kehilangan dua undi penting, tidak meninggalkan ruang ketika perpecahan parti itu sendiri telah dengan serius menjejaskan janji kempen utamanya.

    Presiden Donald Trump minggu ini telah mengisytiharkan bahawa kegagalan itu akan membuatkan beliau ‘sangat marah’ dan beliau akan menyalahkan Ketua Majoriti Senat Mitch McConnell, R-Ky.

    Tetapi dalam bercakap dengan para pemberita yang mengikuti penerbangan Air Force One dalam perjalanan ke Perancis, Trump juga mengakui cabaran yang dihadapi oleh para ahli undangan.

    “Saya katakan satu-satunya perkara yang lebih sukar dari perdamaian antara Israel dan Palestin ialah penjagaan kesihatan,” kata Trump.

    Susan Collins diserbu oleh pemberita ketika beliau menghadiri pertemuan di Capitol Hill di Washington D.C. pada13 Julai 2017. Para pemimpin Republikan mendedahkan rang undang-undang penjagaan kesihatan baru dalam usaha mereka yang semakin terdesak untuk menyampaikan janji tujuh tahun untuk memansuhkan dan menggantikan ‘Obamacare’. – Xinhua
    Susan Collins diserbu oleh pemberita ketika beliau menghadiri pertemuan di Capitol Hill di Washington D.C. pada13 Julai 2017. Para pemimpin Republikan mendedahkan rang undang-undang penjagaan kesihatan baru dalam usaha mereka yang semakin terdesak untuk menyampaikan janji tujuh tahun untuk memansuhkan dan menggantikan ‘Obamacare’. – Xinhua

    “Tetapi saya berpendapat kami akan mendapat sesuatu yang benar-benar baik dan yang akan disukai oleh orang ramai.”

    Rang undang-undang yang diusahakan semula dan yang dikemukakan oleh McConnell kepada rakan-rakan Republikan semalam bertujuan meraih sokongan konservatif dengan membenarkan syarikat-syarikat insurans menjual polisi kecil kos rendah.

    Pada waktu sama beliau menenangkan pihak bersederhana yang teragak-agak dengan menambah berjuta-juta untuk memerangi penyalahgunaan opioid, sejenis bahan kimia dan membantu para pengguna dengan kos insurans yang melambung naik.

    Namun tidak jelas sama ada pemimpin Republikan mencapai keseimbangan yang beliau perlukan selepas kegagalan mengaibkan bulan lalu apabila beliau membatalkan undi secara mendadak di tengah tentangan meluas terhadap rang undang-undang yang beliau bentuk sebahagian besarnya dalam rahsia.

    Senator bersederhana, Susan Collins dari Maine memberitahu para pemberita dia telah memaklumkan McConnell dia akan mengundi menentang perdebatan awal tentang rang undang-undang itu, dengan mengatakan sebahagiannya pengurangan dalam program kesihatan Medicaid bagi orang miskin dan kurang upaya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda