Monday, July 14, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ranger Raptor berkuasa diesel khas untuk penggemar off-road

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JUN – Premier Motor Sdn Bhd hari ini memperkenalkan evolusi terkini trak pikap berprestasi tinggi, Ranger Raptor 2.0L Turbocharged Diesel, yang kini tampil dengan enjin diesel Bi-Turbo yang lebih cekap bahan api tanpa menjejaskan kuasa dan prestasi lasaknya.

    Model generasi baharu berkenaan direka khas untuk pencinta cabaran dan pengembaraan off-road, dengan padanan sempurna antara kuasa, kecekapan dan gaya.

    Dilengkapi enjin 2.0L Bi-Turbo memberikan penjimatan bahan api yang lebih baik menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian dan juga dalam pemanduan ekstrem.

    Casis Raptor yang unik dengan struktur dan sokongan tambahan seperti shock tower, jounce bumper dan rear shock bracket menjadikan trak tersebut tahan lasak di laluan mencabar.

    Rangkaian suspensi FOX Racing turut direka semula sepenuhnya dengan lengan kawalan aluminium ringan serta sistem Watt’s link untuk pengendalian lebih stabil apabila memandu di permukaan tidak rata.

    Ranger Raptor baharu dilengkapi Tujuh Mod Pemanduan termasuk ‘Baja Mode’ yang menyesuaikan sistem elektronik kenderaan untuk prestasi optimum semasa off-road berkelajuan tinggi. Setiap mod melaraskan respons enjin, transmisi, sistem brek ABS, kawalan kestabilan, stereng, dan tema paparan digital dalam kabin.

    Reka bentuk luarannya pula menampilkan elemen ikonik seperti arca roda lebih lebar, lampu utama C-clamp LED Matrix dengan sistem pencahayaan pintar, serta gril F-O-R-D yang kelihatan garang dengan dipadankan dengan rim aloi sebesar 17 inci dan tayar off-road eksklusif.

    Ruang dalamannya turut menampilkan tempat duduk gaya jet pejuang, pencahayaan Code Orange, roda stereng sport balutan kulit dengan penukar gear magnesium, dan sistem infotainmen SYNC® 4A terkini dengan skrin sentuh 12 inci serta keserasian tanpa wayar Apple CarPlay dan Android Auto.

    Sebagai sebahagian daripada keluarga Ford Performance, Ranger Raptor meneruskan legasi prestasi tingginya sejak pengenalan F-150 SVT Raptor di Amerika Utara dan kini menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna global.

    Menurut Pengurus Pemasaran Premier Motor Sdn Bhd, Mark Paren berkata, “Ranger Raptor sentiasa sinonim dengan semangat mencabar batas. Kini dengan varian diesel 2.0L, pelanggan kami mendapat prestasi unggul yang sama dengan kecekapan lebih baik untuk kegunaan harian.”

    Ranger Raptor 2.0L Turbocharged Diesel kini boleh didapati di bilik pameran Ford di Beribi dan Kuala Belait. Kunjungi bilik pameran terdekat untuk merasai pengalaman off-road sebenar.

    Atas & Bawah: Rekaan luar Ranger Raptor dengan warna Code Orange.

    Atas & Bawah: Rekaan dalaman Ranger Raptor dengan stereng balutan kulit dan tempat duduk gaya jet pejuang.
    GAMBAR-GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda