Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rangers berdepan dengan risiko selepas membuat tuduhan

    LONDON, 30 APRIL – Rangers berisiko ‘memberikan nama buruk kepada perlawanan’ selepas membuat tuduhan ke atas eksekutif Liga Profesional Scotland (SPFL) tanpa memberikan sebarang bukti, menurut pengerusi SPFL, Murdoch MacLennan.

    MacLennan menyeru kelab-kelab untuk tidak menerima permohonan rasmi dari Rangers, Hearts dan Stranraer, untuk penyiasatan bebas mengenai undian yang kontroversi untuk menamatkan musim ini bagi tiga divisyen bawahan dan memberikan lembaga SPFL kuasa untuk melakukan perkara yang sama kepada Liga Perdana Scotland.

    Rangers sebelum ini menuduh kelab-kelab telah ‘membuli, mengatakan bahawa mereka mempunyai bukti ‘yang membimbangkan’ dan menyeru ketua eksekutif SPFL, Neil Doncaster dan penasihat undang-undang Rod McKenzie digantung tugas.

    Mereka kemudian berjanji untuk membocorkan dosir mereka kepada kelab-kelab dalam perjumpaan umum pada 12 Mei. Dalam surat terbuka, MacLennan menulis: “Jika Rangers atau mana-mana kelab yang percaya bahawa mereka telah dibuli oleh mana-mana anggota pasukan SPFL, mereka bolah melaporkan kepada saya, sebagai pengerusi SPFL. Saya akan menyiasat sebarang pertuduhan dengan terperinci dan telus.

    “Jika laporan tersebut tidak benar, mereka yang membuat tuduhan ‘buli dan paksaan’ akan berdepan dengan risiko memburukkan permainan dan menyebabkan perpecahan yang tidak diperlukan.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda