GLASGOW, 6 MEI – Kapten Rangers, James Tavernier menyifatkan kemaraan gergasi Glasgow itu ke pusingan akhir Liga Europa sebagai impian menjadi kenyataan selepas kemenangan 3-1 ke atas RB Leipzig kelmarin sekali gus memberikan kemenangan kepada juara Scotland 3-2 secara agregat.
Tavernier mendahului sebagai penjaring terbanyak dalam pertandingan dari posisi pertahanan kanan apabila dia membuka jaringan sebelum Glen Kamara mengubah kedudukan dalam 24 minit pertama.
Pemain tengah Finland itu mendedikasikan golnya kepada petugas kelengkapan yang sudah lama berkhidmat, Jimmy Bell, yang meninggal dunia Selasa lalu, malam yang penuh emosi di Ibrox.
Christopher Nkunku berjaya meledak gol untuk Leipzig pada separuh masa kedua, tetapi John Lundstram menjaringkan gol kemenangan sembilan minit sebelum tamat masa perlawanan.
Anak buah Giovanni van Bronckhorst akan menentang Eintracht Frankfurt pada perlawanan akhir di Seville pada 18 Mei dalam pusingan akhir Eropah kedua mereka dalam tempoh 50 tahun. – AFP