Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rangers menang mudah

    GLASGOW, 31 Jan – Skuad kendalian Steven Gerrard, Rangers, mara ke pusingan kelima Piala Scotland menerusi kemenangan 3-1 ke atas Cowdenbeath semalam.

    Jaringan daripada Andy Halliday, Lassana Coulibaly dan Kyle Lafferty memastikan Rangers mengawal permainan sebelum separuh masa pertama pada pertemuan yang diadakan di Central Park.

    David Cox menjaringkan satu gol bagi Gary Bolan selepas rehat ketika anak buah Gerrard kehilangan momentum mereka.

    Tetapi Rangers terus bertahan untuk memastikan pertemuan menentang Kilmarnock di Rugby Park pada 9 Februari depan.

    Kunjungan ke Cowdenbeath pada asalnya dijadualkan pada 18 Januari, namun dibatalkan tiga jam sebelum sepak mula susulan keadaan padang yang bertukar beku.

    Rangers mendahului selepas hanya 12 minit apabila Jermain Defoe menghantar bola kembali kepada Halliday untuk melakukan rembatan dari jarak jauh sebelum Coulibaly menjaringkan gol kedua Rangers pada minit ke-26.

    Lafferty menanduk masuk bola setelah menerima sepakan sudut Steven Davis, yang tepat kepada Defoe.

    Bekas pemain penyerang England itu dihalang oleh Blair Malcolm, tetapi tiada pemain yang mampu menghentikan ledakan Coulibaly.

    Lafferty menjaringkan gol pertamanya sejak September lalu pada minit akhir separuh masa pertama, menewaskan Jamie Pyper untuk mendapatkan bola terus Ryan Jack sebelum menewaskan David McGurn.

    Cuaca sejuk yang berada di bawah takat sifar ketika rehat separuh masa pertama telah menjejaskan Rangers sejak sepak mula berlangsung. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda