Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rangers tarik nafas lega

    GLASGOW, 30 Nov – Rangers kembali kepada rentak sebenar selepas menang selesa 3-0 menentang Aberdeen bermain dengan 10 pemain dalam aksi yang berlangsung di Ibrox, sementara pendahulu Liga Perdana Scotland, Celtic terikat 1-1 di Motherwell.

    Rangers di hadapan pada minit ke-6 selepas James Travenier menyempurnakan penalti sebelum pemain Mexico, Carlos Pena menggandakan jaringan pada minit ke-27.

    Pada minit ke-70, Travernier menjaringkan gol kedua untuk mengakhiri kekalahan dua kali berturut-turut yang dialami oleh Rangers, sekali gus mengisi tangga ketiga liga, tiga mata di belakang the Dons. Dalam perlawanan itu, Aberdeen seperti jatuh ditimpa tangga selepas Ryan Christie diarahkan untuk keluar padang pada minit ke-84.

    “Saya mahu persembahan yang terbaik dan mereka memberikannya dengan baik,” menurut pengurus sementara Rangers, Graeme Murty.

    “Saya merasakan mereka menunjukkan tahap sebenar dan perlu meneruskannya sepanjang musim.”

    Kemenangan ini membantu Ranger merapatkan jurang dengan musuh tradisi Celtic, yang menyaksikan pendahulu liga itu hampir menamatkan rekod tanpa kalah selepas Mikael Lustig menjaringkan gol sendiri pada minit ke-78.

    Walau bagaimanapun, Scott Sinclair berjaya menyelamatkan keadaan untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-88 untuk mengekalkan Celtic 66 perlawanan tanpa kalah dan berada di kedudukan teratas liga dengan empat mata di hadapan.

    Selepas mengalami kekalahan dua perlawanan berturut-turut menentang Hamilton dan Dundee, Rangers nampaknya mempunyai peluang untuk dibuktikan di Ibrox dan mereka berjaya menamatkan kekalahan berturut-turut dengan memenangi perlawanan menentang Aberdeen dengan jaringan 3-0. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda