Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rangers tewaskan Celtic

    GLASGOW, 30 DIS – Perlumbaan bagi gelaran juara Scotland terbuka luas setelah tandukan Nikola Katic memberikan kemenangan buat Rangers 2-1 ke atas pendahulu liga Celtic dalam perlawanan Derby Glasgow.

    Rangers melangkah dua mata di belakang Celtic dengan berbaki satu perlawanan untuk dalam usaha meraih gelaran juara semenjak tahun 2011 sebelum pasukan tersebut mengalami masalah kewangan yang mengakibatkan mereka bermula semula di peringkat keempat.

    “Kelab ini tidak mempunyai banyak kejayaan dan kegembiraan di sini dalam satu tempoh yang panjang,” kata pengurusnya, bekas pemain England dan kapten Liverpool, Steven Gerard.

    “Kami datang ke sini dan menghadapi bermacam-macam cabaran besar dan sekali lagi kami menguasai majoriti permainan, jadi pemain saya berhak untuk mendapat pujian.”

    Perlawanan di Celtic pada minit ke-33 memberikan impak selepas penjaga gol Allan McGregor menyelamatkan sepakan penalti yang dibuat oleh Ryan Christie bagi tuan rumah setelah Katic menjatuhkan Christopher Jullien di dalam kawasan petak D.

    Pemain Rangers mendahului perlawanan apabila Ryan Kent menjaringkan gol pada minit ke-36 namun setelah enam minit Celtic menjaringkan gol penyamaan hasil dari pasingan Odsonne Edouard kepada Callum McGregor.

    Namun tandukan Rangers dalam minit ke-11 separuh masa kedua menjadikan gol kemenangan buat pasukannya dan keputusan kekal hingga ke akhir perlawanan. – AP

    Pemain Rangers Nikola Katic menjaringkan gol bagi pasukannya, semasa perlawanan antara Celtic dan Rangers di Stadium Celtic, Scotland pada 29 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda