BUENOS AIRES, 4 MEI – Ahli paleontologi Argentina telah mengumumkan penemuan rangka dinosaur tergolong dalam keluarga raptor yang berukuran tiga tingkat dari hidung hingga ekor dan menyiat-nyiatkan mangsanya dengan kuku melengkung tajam.
Haiwan seberat enam tan itu, megaraptor terbesar pernah digali setakat ini, memakan dinosaur lebih kecil yang disiat-siatnya dengan kukunya sebelum memakan usus, beritahu pakar paleontologi Mauro Aranciaga kepada AFP. Menurut Aranciaga, spesies baharu yang diberi nama Maip macrothorax berukuran sembilan dan 10 meter panjang.
Sementara itu, Majlis Saintifik dan Penyelidikan Teknikal Kebangsaan yang pakarnya menemui rangka dinosaur itu berkata fosil ditemui pada Mac 2019 di wilayah Patagonia, Santa Cruz, beberapa hari sebelum sekatan pandemik berkuat kuasa.
Dinosaur dari spesies karnivor itu dipercayai mendiami habitat yang kini menjadi kawasan selatan Argentina, sejak 70 tahun lalu semasa zaman Cretaceous.
Aranciaga menjelaskan megaraptor adalah haiwan yang memiliki tulang yang lincah, ekor panjang yang membolehkan ia bergerak dan mengimbangi, leher panjang serta tengkorak memanjang dengan lebih 60 gigi kecil.
Tambahnya, anggota badan Maip yang tajam menjadi senjata paling berbahaya bagi haiwan itu. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2022/05/P13-Lead-Rangka_05052022-1.jpg)