Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rangka manusia ditemui dalam beg pakaian

    WELLINGTON, 16 OGOS – Polis New Zealand memulakan siasatan kes pembunuhan selepas rangka manusia didakwa ditemui dalam beg pakaian yang dibeli semasa lelongan di bandar terbesar negara itu, Auckland.

    Rangka yang tidak didedahkan jumlahnya dipercayai disimpan dalam beg pakaian yang dilelong sebagai sebahagian daripada penjualan unit penyimpanan, dan dibawa pulang oleh sebuah keluarga selepas memenangi bidaan.

    Keluarga yang menetap di Selatan Auckland menelefon polis Khamis lalu selepas membuat penemuan yang mengejutkan itu, kata pegawai polis, Tofilau Faamanuia yang mengesahkan kejadian tersebut.

    Polis tidak percaya keluarga tersebut terlibat dalam kes pembunuhan.

    “Keutamaan bagi polis adalah untuk mengesahkan identiti mangsa agar boleh mengetahui keadaan sepenuhnya di sebalik penemuan itu,” kata Vaaelua.

    Pemeriksaan autopsi sedang dijalankan oleh penyiasat forensik yang cuba mengesahkan jumlah mangsa, menurut kenyataan polis. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda