Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    Rangka manusia prasejarah ditemukan di Kelantan

    PUTRAJAYA, 31 MEI – Rangka manusia prasejarah ditemukan di Gua Keledung Kecil di Lembah Nenggiri, Kelantan bersama beberapa artifak lain pada November tahun lepas.

    Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC) berkata rangka berkenaan dijumpai penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diketuai Felo Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM, Prof Madya Dr Zuliskandar Ramli semasa menjalankan kerja-kerja Ekskavasi Arkeologi Menyelamat untuk Projek Hidroelektrik Nenggiri.

    “Penemuan rangka manusia prasejarah di Gua Keledung Kecil merupakan antara jumpaan penting kepada warisan arkeologi negara.

    “Ini kerana, ia secara tidak langsung menyumbang kepada dapatan fakta baharu berkait amalan pengebumian dan evolusi sosiobudaya kehidupan zaman prasejarah khususnya di Lembah Nenggiri, Kelantan,” menurut MOTAC dalam kenyataan hari ini.

    Menurut MOTAC, rangka manusia itu ditemukan dalam kedudukan melipat sepenuhnya dan menghadap ke arah barat daya, di mana kedudukan melipat sepenuhnya itu merupakan posisi yang hampir sama dengan kedudukan fetus dalam kandungan ibu yang sedang mengandung. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...