Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Rangkaian 5G beri banyak manfaat, wujudkan pekerjaan baharu

    KUALA LUMPUR, 22 MEI – Penggunaan 5G di Malaysia bersedia untuk memberi manfaat kepada pengguna akhir dalam pelbagai bidang dan mewujudkan pekerjaan baharu untuk orang ramai.

    Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Ir Dr Hafizal Mohamad berkata Malaysia dapat menyaksikan pecutan dalam pekerjaan baharu dengan kemajuan rangkaian, ditambah dengan aplikasi kecerdasan buatan (AI) serta realiti tambahan (AR) baharu, khususnya dalam sektor pendidikan, pertanian dan pembuatan.

    Sebagai antara negara pertama di rantau ini yang membina ekosistem 5G, beliau berkata dianggarkan kira-kira 500,000 hingga 700,000 pekerjaan baharu akan disediakan seiring dengan kemajuan pelancaran 5G baharu.

    “Aplikasi AI dan AR baharu ini tidak boleh dilakukan dengan rangkaian yang ada sekarang, tidak seperti rangkaian 5G. Oleh itu, kita sepatutnya dapat melihat sejumlah besar syarikat pemula niaga akan berkembang tidak lama lagi untuk menyediakan perkhidmatan baharu bagi 5G,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

    Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), sejumlah 500 lokasi 5G telah siap di bawah fasa 1A setakat Januari 2022, meliputi kawasan-kawasan di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur, manakala fasa 1B akan menyaksikan pelancaran 2,500 tapak 5G lagi menjelang hujung tahun ini.

    Digital Nasional Bhd (DNB), jentera tujuan khas (SPV) milik kerajaan untuk pelancaran 5G, komited terhadap jadual yang dipercepatkan untuk melancarkan liputan 5G kepada 80 peratus penduduk menjelang 2024. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...