Thursday, November 14, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rangkaian pengesan tsunami diperbaharui

    JAKARTA, Indonesia, 31 Jan – Sistem pengesanan tsunami Indonesia, yang terdiri dari sensor dasar laut yang berkomunikasi dengan boya yang menghantar amaran di permukaan, menjadi tidak berguna disebabkan laku musnah dan kekurangan pembiayaan.

    Kini para ahli sains Indonesia dan AS berkata mereka membentuk cara untuk digunakan dengan boya mahal dan kemungkinan menambah minit-minit tambahan penting bagi bandar-bandar pantai yang mudah terdedah pada bahaya.

    Prototaip itu, hampir empat tahun dalam pembuatan, direka untuk mengesan tsunami yang digelar tsunami jarak dekat dan telah diuji di perairan Padang di pantai barat Sumatra.

    Ia menantikan keputusan berhubung pembiayaan kerajaan untuk menghubungkannya dengan agensi-agensi bencana di darat.

    Tsunami telah dicetuskan oleh gempa bumi 26 Disember 2004 di Lautan Hindi yang mengakibatkan hampir 230,000 orang terkorban atau hilang, bahagian besarnya di Indonesia, telah membangkitkan kesegeraan memastikan masyarakat mendapat amaran secepat mungkin.

    Namun dengan gempa bumi agak besar melanda berhampiran kepulauan Mentawai 170 kilometer dari Padang pada Mac tahun lalu, tidak satu pun boya berfungsi di kawasan itu yang dihasratkan untuk menghantar amaran tsunami. Seorang pegawai bencana berkata kesemua 22 boya Indonesia yang menelan kos beberapa ratus ribu dolar setiap satu dan mahal beroperasi, tidak sesuai kerana perbuatan membinasa oleh krew bot atau ketiadaan pembiayaan bagi penyelenggaraan.

    Gempa bumi itu tidak mencetuskan tsunami namun pemindahan dilaksanakan dalam kelam kabut di Padang, yang mempunyai penduduk seramai 1 juta orang, dan bandar-bandar lain, yang mempunyai masa, paling lama 30 minit sebelum tsunami melanda. Oleh sebab ketiadaan maklumat, para pegawai tidak membatalkan amaran tsunami selama dua jam.

    “Kini kami tidak mempunyai boya di Indonesia. Kesemuanya telah rosak,” kata Iyan Turyana, seorang jurutera lautan di BPPT, Agensi Penilaian dan Aplikasi Teknologi Indonesia. “Di mana anda tinggal di Indonesia? Jakarta! Ok. Tetapi jika anda tinggal di Padang, jika anda tinggal di Bengkulu, nyawa anda dalam keadaan sangat berbahaya.”

    Jerman dan AS menyediakan 12 dari boya itu, tetapi tidak menyelenggarakannya, ujarnya. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda