SOFIA, 21 NOV – Pihak penguatkuasa undang-undang di beberapa negara berjaya menumpaskan satu rangkaian jenayah terancang yang menyeludup barangan budaya curi di seluruh Eropah, menurut pihak berkuasa Bulgaria, kelmarin.
Operasi bersepadu yang melibatkan tujuh negara dengan kerjasama Eurojust dan Europol membawa kepada penahanan 35 suspek yang dikaitkan dengan sindiket penyeludupan yang cuba menjual ribuan artifak purba curi dari muzium-muzium di Eropah.
Seramai 20 individu berdepan pertuduhan berkaitan penyeludupan artifak dan penggubahan wang haram, kata Pendakwa Bulgaria, Angel Kanev dalam sidang media.
Kanev berkata kumpulan jenayah itu telah beroperasi di Eropah Barat, Balkan, Amerika Syarikat dan beberapa negara lain selama lebih 16 tahun. Siasatan penggubahan wang haram setakat ini mengenal pasti dana haram benrilai lebih AS$1 bilion. – AP


