Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rangnick perkukuh benteng United

    MANCHESTER, 3 DIS – Ralf Rangnick berkata beliau mahu menjadikan Manchester United lebih seimbang dengan memperkukuhkan benteng pertahanan pasukan.

    Sidang media pertama pengurus berusia 63 tahun dari Jerman itu sejak dilantik pengurus sementara sehingga akhir musim dan berikutan pemecatan Ole Gunnar Solskjaer diadakan selepas kemenangan United 3-2 ke atas Arsenal di Liga Perdana yang diselia oleh pengendali sementara Michael Carrick.

    Solskjaer dipecat berikutan kekalahan yang memalukan 4-1 di Watford.

    “Kami bercakap tentang enam setengah bulan, satu pertiga daripada perlawanan, dan kami bersetuju dengan perjanjian penasihat dua tahun. Jika Manchester United menghubungi awak untuk peranan itu awak tidak boleh menolaknya,” kata Rangnick.

    “Ini adalah salah satu dari kelab terbesar, jika bukan kelab yang terbesar di dunia. Saya merasa teruja untuk bekerjasama dengan pemain yang kami ada di sini.

    Pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo (kanan) meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol kedua pasukannya semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dan Arsenal di stadium Old Trafford di Manchester, England pada 2 Disember 2021. – AP

    “Saya menyaksikan banyak perlawanan terbaharu, Watford, Chelsea, Arsenal, dan saya juga melihat perlawanan antara Liverpool dan Manchester City di TV.”

    Tambahnya lagi, “Saya mempunyai banyak maklumat. Ia begitu ketara, pasukan mempunyai ramai pemain muda, berkebolehan dan berpengalaman. Sasaran utama saya untuk membawa keseimbangan di dalam pasukan.

    “Walaupun semalam kami bolos dua gol dan perlukan tiga untuk menang. Kami akur dengan purata dua perlawanan dan ini amat berlebihan.

    “Saya mahu lebih banyak seimbang dan kawalan. Perlawanan kelmarin, pendapat saya sebagai pelatih akan datang, mereka bukan permainan yang awda perlukan. Saya akan mencuba untuk membawa pemain yang cemerlang dan berbakat ini jauh dari gawang mereka sendiri.”

    Perjanjian Rangnick dijangka melihatnya memegang jawatan pakar runding di Old Trafford selepas berakhirnya kempen. Mengenai kemungkinan beliau menggantikan Solskjaer secara tetap, “Jika kami melakukannya dengan baik dan stabil, saya mungkin menyarankan bahawa kami terus bekerja dengan saya. Ini hanyalah hipotesis, kamitidak boleh bercakap tentangnya.

    Rangnick menambah beliau telah mencuba untuk memujuk bekas pemain tengah, Carrick, yang telah mengundurkan diri dari pasukan selepas kemenangan semalam, yang meninggalkan mereka ketinggalan 10 mata dari tiga tempat teratas di Old Trafford. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda