Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rangnick sah dilantik pengurus sementara United

    LONDON, 30 NOV – Manchester United semalam mengumumkan pelantikan Ralf Rangnick sebagai pengurus sementara sehingga ber-akhirnya saingan musim ini, susulan pemecatan Ole Gunnar Solskjaer.

    Selepas berakhirnya tempoh itu, bekas pengendali RB Leipzig ini akan meneruskan khidmatnya di Old Trafford sebagai perunding selama dua tahun. Jurulatih berusia 63 tahun dari Jerman itu berpindah dari Lokomotiv Moscow di mana dia menjadi pengurus sukan dan pembangunan.

    “Beliau adalah calon nombor satu kami bagi mengisi jawatan pengurus sementara. Dia memiliki tahap kepimpinan tinggi dan kemahiran teknikal selama hampir empat dekad dengan pengalaman dalam bidang pengurusan dan kejurulatihan,” kata Pengarah Bolasepak United, John Murtough.

    Rangnick mengambil alih tempat Michael Carrick yang menjalankan tugas sementara untuk dua perlawanan sejak Solskjaer disingkirkan selepas beberapa keputusan mengecewakan sebelum ini. – AFP

    Gambar fail menunjukkan RalfRangnick tiba untuk perlawanan di antara RB Leipzig dan SC Freiburg di Leipzig, Jerman. Rangnick telah dilantik pengurus Manchester United sehingga akhir musim. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda