Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rangsang kreativiti pembuatan kek, pastri

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 31 OKT – Seramai 24 orang peserta menyertai Bengkel Kulinari Kek anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Cawangan Belait dengan kerjasama Persatuan PERTIWI, yang bermula kelmarin.

    Bengkel tersebut diadakan untuk membawa pakar dalam bidang kek dan pastri moden bagi menyebarkan maklumat dan mengajar peserta mengenai cara-cara membuat kek dan
    pastri.

    Selain itu, ia juga bertujuan untuk membantu merangsang kreativiti di mana para peserta boleh meluangkan masa untuk meneroka seni dan kraf pembuatan kek dan pastri.

    Pada hari pertama bengkel itu, para peserta belajar mengenai cara menghasilkan kek pelangi dan kek gulung keju, yang diselia oleh pakar membuat kek dan ahli Persatuan PERTIWI.

    Melalui bengkel tersebut, JBS berharap ilmu yang diperoleh akan membantu peserta untuk menjadi usahawan tempatan selain membantu mereka untuk membina keyakinan dalam menghasilkan kek dan pastri.

    Bengkel itu dijadualkan akan diadakan empat kali, dengan dua sesi setiap bulan bermula 30 Oktober, yang akan menyaksikan para peserta belajar resipi kek dan pastri yang berbeza.

    Peserta belajar cara menghasilkan pelbagai kek dan pastri semasa bengkel tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda