Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rani Mukerji ‘beku’ semasa penggambaran bersama SRK

    Pelakon terkenal Bollywood, Rani Mukerji baru-baru ini berkongsi satu fakta dan momen yang cukup melucukan pernah dihadapinya saat menjalani proses penggambaran.

    Dalam satu temu bual Galatta Plus Mega Pan India Roundtable 2023 bersama rakan-rakan selebriti yang lain, pelakon berusia 45 tahun itu berkongsi dia pernah diusung ke dalam kereta kerana tidak mampu bergerak.

    Kejadian itu berlaku saat penggambaran video lagu Tumhi Dekho Naa untuk dimuatkan dalam filem Kabhi Alvida Naa Kehna lakonannya bersama Shah Rukh Khan (SRK) pada 2005.

    “Saya memakai sari merah dalam lagu itu dan saya sebenarnya terkaku. Saya tidak boleh berjalan. Dan salah seorang sepupu saya yang juga penolong pengarah, Ayan Mukerji, dia terpaksa usung saya ke kereta, kerana saya telah beku,” ujarnya memetik laporan MH.

    Hal itu terjadi kerana mereka perlu melakukan penggambaran ketika suhu di luar adalah -14 darjah Celsius tetapi Rani hanya mengenakan helaian sari nipis agar selari dengan konsep filem yang diketengahkan.

    Kongsi ibu kepada seorang cahaya mata itu lagi, jika penonton benar-benar mengamati babak ketika lagu tersebut dimainkan dalam filem itu, bibirnya seolah-olah tidak bergerak saat melakukan lip-sync. – Agensi

    Rani mendedahkan terpaksa melakukan penggambaran ketika suhu sejuk. – thefridaytimes.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda