Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rani Mukerji utamakan privasi anak

    AKTRES Rani Mukerji ada alasan tersendiri apabila dia dan suaminya, penerbit filem, Aditya Chopra enggan mendedahkan anak mereka kepada umum.

    Anak mereka, Adira baru saja menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama, namun tiada majlis hari jadi besar-besaran diadakan untuknya sebagaimana dilakukan pasangan artis lain di Bollywood.

    Menurut Rani, suaminya sangat mementingkan privasi dan tidak mahu terlalu mendedahkan keluarganya kepada orang luar.

    Rani Mukerji berharap anaknya membesar secara normal tanpa menerima sebarang tumpuan berlebihan.

    “Malah dalam semua perkara Aditya lebih suka melakukannya sendiri tanpa campur tangan daripada saya,” katanya.

    Katanya, mereka berdua mahu Adira membesar secara normal dan apabila dia besar nanti boleh berjalan dengan rakan tanpa ada yang mengenalinya.

    “Mungkin perkara itu agak sukar kerana media dan paparazi memang menunggu untuk mengambil gambar keluarga dan anak selebriti, tetapi sebagai ibu bapa, kami akan cuba melakukan yang terbaik untuk Adira. Aditya memang tidak suka Adira diberi layanan dan tumpuan berlebihan termasuk apabila dia bersekolah nanti,” katanya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda