RENNES, 13 Jun – Nantes semakin menghampiri usaha mereka bagi melantik bekas pengurus Leicester City, Claudio Ranieri (gambar) semalam selepas bersetuju bagi kontrak dua tahun, tetapi masih menunggu kelulusan dari Liga Profesional Perancis (LFP) kerana usianya, menurut sumber kelab.
LFP tidak membenarkan mana-mana jurulatih yang berusia lebih 65 tahun menyertai kelab-kelab Perancis. Ranieri berusia 65 tahun dan pasukan Ligue 1 itu memohon pengecualian dari LFP dan menunggu bagi respons sebelum melengkapkan perjanjian itu.
Pada 2007, Lens membawa isu seperti ini ke Suruhanjaya Eropah bagi menggesa perlantikan Guy Roux, tetapi Nantes tidak mahu pergi sejauh itu dan akan mematuhi keputusan LFP.
Ranieri telah dipecat oleh Leicester pada bulan Februari, hanya sembilan bulan selepas memimpin pasukan Inggeris itu mencipta kejayaan luar jangkaan dengan memenangi gelaran Liga Perdana.
Ia merupakan gelaran liga pertama dalam kerjaya warga Itali itu, meskipun telah memenangi beberapa trofi utama di Eropah dan Itali.
Berita dari Perancis itu telah menamatkan spekulasi bahawa Ranieri mahu kekal di England, selepas dia dikaitkan dengan tugas di Crystal Palace dan Leeds United.
Bekas bos Nantes, Sergio Conceicao telah meninggalkan kelab itu untuk menyertai Porto seminggu yang lalu, selepas membawa kelab itu keluar dari perjuangan penyingkiran ke kedudukan ketujuh liga. – AFP