PARIS, 27 APRIL – Claudio Ranieri telah memikat hati dunia bola sepak apabila dia memenangi Liga Perdana Inggeris bersama Leicester pada tahun 2016, tetapi enam tahun sebelumnya dia hampir mengecap pencapaian yang lebih bermakna baginya – memenangi kejuaraan bersama pasukan bandar tempat tinggalnya, Roma.
Ranieri yang dilahirkan dan dibesarkan di Roma dan menjadi peminat setia kelab tersebut, telah mengambil alih pasukan yang tidak mengutip sebarang mata pada peringkat awal pada musim 2009-2010, tetapi secara perlahan mengetuai Giallorossi memenangi 24 perlawanan dan membawa mereka ke puncak liga Itali dengan berbaki empat perlawanan.
Walau bagaimanapun, dalam perlawanan yang penuh dramatik dalam sejarah Serie A, Roma tewas 2-1 ke atas Sampdoria dan telah menghadiahkan pasukan Jose Mourinho, Inter Milan kejuaraan dan berpeluang untuk melengkapkan kemenangan liga, piala dan Liga Juara-Juara.
Perlawanan telah diadakan di Stadio Olimpico, Rom dan merupakan perlawanan terakhir menentang pasukan Sampdoria yang diketuai oleh Antonio Cassano yang sedang mengejar tempat kelayakan Liga Juara-Juara.
Kekalahan di tangan Sampdoria telah memberikan kesan mendalam ke atas pasukan yang berbakat dan seterusnya melihat ia jatuh. Begitu traumatik sehingga Daniele De Rossi berkata berulang-ulang kali bahawa dia ingin bermain sekali lagi dalam perlawanan sejak menyertai kelab itu 18 tahun lalu. – AFP