LONDON, 30 Dis – Bos Fulham, Claudio Ranieri mengakui bahawa dia seperti mahu ‘membunuh’ Aboubakar Kamara selepas penyerang Perancis itu tidak menghiraukan arahan dan gagal menyempurnakan sepakan penalti yang hampir menyebabkan Fulham terlepas meraih kemenangan ke atas Huddersfield semalam.
Fulham mencatat kemenangan 1-0 ke atas pesaing kedudukan tercorot Liga Perdana ketika Aleksandar Mitrovic menjaringkan gol pada lewat perlawanan.
Beberapa minit sebelum itu, Mitrovic menyaksikan sepakan penalti gagal disempurnakan oleh Kamara selepas sepakannya diselamatkan oleh penjaga gol Huddersfield, Jonas Lossl ketika kedudukan perlawanan 0-0.
“Pemain yang sepatutnya mengambil sepakan penalti adalah Mitrovic dan Kamara tidak menghormati saya, kelab, rakan sepasukan dan semua orang,” kata Ranieri.
“Dia mengambil bola dan mahu mengambil sepakan penalti, ia sukar untuk percaya. Saya mahu membunuhnya.” – AFP