Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ranking 129 kejutkan Murray

    INDIAN WELLS, Amerika Syarikat (AS), 12 Mac – Pemain pilihan nombor satu dunia, Andy Murray tersingkir dari Kejohanan ATP Indian Wells Masters semalam, tewas dengan kiraan ‘straight set’ kepada pemain di kedudukan 129, Vasek Pospisil.

    “Saya merasakan saya mempunyai keupayaan untuk melakukannya, tetapi melalui kedudukan tersebut adalah satu perkara lain,” kata Pospisil, bekas juara dua kali Wimbledon, selepas melakarkan kemenangan terbesar dalam perseorangan sepanjang kerjayanya 6-4, 7-6 (7/5). “Saya hanya cuba untuk kekal bertahan.”

    Murray, yang memenangi gelaran pertamanya di Dubai 2017, sekali lagi terjejas di Indian Wells, di mana persembahan terbaiknya adalah menamatkan kedudukan kedua pada 2009 di belakang Rafael Nadal.

    Dia sukar untuk menjelaskan keputusan di gurun California itu.

    “Saya tidak tahu mengapa, kerana dalam latihan di sini biasanya saya beraksi dengan baik,” kata Murray. “Dan kemudian beberapa tahun saya beraksi dengan baik. Beberapa tahun, ia tidak berjalan dengan baik bagi saya.”

    Reaksi kecewa Andy Murray (kanan) selepas tewas kepada Vasek Pospisil yang menduduki ranking ke-129 di Kejohanan ATP Indian Wells Masters. - AP
    Reaksi kecewa Andy Murray (kanan) selepas tewas kepada Vasek Pospisil yang menduduki ranking ke-129 di Kejohanan ATP Indian Wells Masters. – AP

    Murray merasa kecewa melepaskan set pertama selepas dua kali melalui ‘break’.

    Murray, yang melalui kekecewaan pusingan keempat di Terbuka Australia, perlu mengumpula semula semangat dengan segera sebelum kejohanan Miami Masters.

    Pospisil, sementara itu, bersedia bagi pertemuan menentang peserta kelayakan dari Serbia, Dusan Lajovic, 6-2, 4-6, 7-6 (7/2) pemenang ke atas Feliciano Lopez dari Sepanyol.

    Pospisil yang menguatkan tekad selepas 2016 yang suram, menjangkakan sesuatu yang hebat tahun ini, tetapi menewaskan Murray pada kejohanan kali ini merupakan sesuatu di luar jangkaan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda