Sunday, November 27, 2022
22 C
Brunei

-

Ranking Harimau Malaya kini ke-146 dunia

KUALA LUMPUR, 6 OKT – Skuad Harimau Malaya berjaya naik dua anak tangga dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk menduduki tempat ke-146 dunia, susulan prestasi membanggakan sejak kebelakangan ini.

Berdasarkan kemas kini terbaharu di laman sesawang FIFA, skuad kendalian Kim Pan Gon itu berjaya mengumpul 1062.32 mata untuk meningkat daripada posisi ke-148 dunia yang dihuni sejak 25 Ogos lepas.

Perkembangan positif itu susulan kejayaan skuad kebangsaan muncul naib juara saingan Piala Raja Thailand 2022, bulan lalu.

Skuad Harimau Malaya membuka tirai kejohanan di Chiang Mai itu dengan menewaskan Thailand 5-3 menerusi penentuan penalti selepas terikat 1-1, sebelum akur dengan kekalahan 0-3 kepada Tajikistan dalam aksi final menerusi penentuan penalti selepas terikat tanpa jaringan. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -