Khamis, November 20, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ranking Harimau Malaya meningkat ke-116 dunia

    KUALA LUMPUR, 20 NOV – Kemelut luar padang yang melanda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menjejaskan momentum skuad Harimau Malaya, apabila terus mencatat peningkatan dalam ranking dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

    Dalam kemas kini terbaharu yang dikeluarkan lewat malam tadi, skuad bimbingan Peter Cklamovski itu melonjak dua anak tangga untuk menghuni kedudukan ke-116, berbanding tempat ke-118 pada bulan lepas.

    Sebagai rekod, Malaysia berada di kedudukan ke-131 pada April lalu sebelum menunjukkan peningkatan konsisten sehingga ke posisi semasa.

    Sementara itu, Thailand kekal sebagai pasukan terbaik Asia Tenggara di ranking ke-95, diikuti Vietnam (110), Indonesia (122), Filipina (136) dan Singapura (151).

    Jepun terus menguasai kedudukan Asia di ranking ke-18 dunia, diikuti Iran (20) dan Korea Selatan (22).

    Di peringkat global, Sepanyol mengekalkan status selaku pasukan nombor satu dunia, diikuti Argentina di tempat kedua dan Perancis ketiga. – Bernama

    Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski (kiri) bersama kapten pasukan, Dion Cools pada sidang media di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 17 November. – Ranking Harimau Malaya meningkat. – Gambar fail Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda