Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JUN – Badan Kebajikan dan Sukan, Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat turut merebut kesempatan pada bulan Syawal ini untuk merapatkan hubungan silaturahim dan perpaduan dengan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 di Dewan Bankuet, Bangunan Dewan Majlis, hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib.
Turut hadir Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Jurutulis Majlis-majlis Mesyuarat, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin bin Haji Asar dan ahli-ahli MMN serta pegawai dan kakitangan Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat.
Pada majlis itu, para jemputan turut dimeriahkan dengan lagu-lagu Hari Raya dan pelbagai hidangan yang menyelerakan.
