Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raphinha kembali temui prestasi menjelang pertemuan Villarreal

    BARCELONA, 10 FEB – Pemain sayap Barcelona, Raphinha akhirnya mempamerkan prestasi terbaiknya dan membantu pasukan Catalan itu berdepan tanpa Ousmane Dembele yang cedera, menjelang kunjungan pendahulu La Liga itu untuk menentang Villarreal Ahad ini.

    Penyerang Perancis itu mengalami kecederaan ketika menentang Girona pada penghujung Januari tetapi Raphinha telah mengisi jurang itu walaupun permulaan kariernya yang tidak menentu di kelab itu.

    Ditandatangani dari Leeds United dengan harga sekitar AS$59 juta musim panas lalu, pemain Brazil itu sering diketepikan kerana prestasi Dembele yang semakin meningkat.

    Bagaimanapun, dengan bekas penyerang Borussia Dortmund itu diketepikan sehingga lima minggu, Raphinha telah memastikan kelab itu tidak tersandung semasa ketiadaannya.

    Pemain berusia 26 tahun itu menjaringkan gol menentang Real Betis dalam kemenangan 2-1 pada 1 Februari dan sekali lagi dalam kemenangan 3-0 ke atas Sevilla Ahad lalu, membantu Barcelona membuka jurang lapan mata di atas tempat kedua Real Madrid. – AFP

    Pemain sayap Barcelona, Raphinha akhirnya mempamerkan prestasi terbaiknya. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda