BARCELONA, 23 MEI – Pemain sayap Barcelona, Raphinha menandatangani sambungan kontrak hingga tahun 2028 kelmarin selepas satu musim menakjubkan.
Pemain Brazil itu, dengan kontrak terdahulu akan berakhir pada 2027, sangat penting ketika membantu Barcelona menang tiga kejuaraan domestik La Liga, Copa del Rey dan Piala Super Sepanyol.
“Barcelona dan Raphinha mencapai persetujuan untuk memperbaharui kontraknya, yang akan mengikatnya di kelab ini hingga 30 Jun 2028,” menurut kelab gergasi Sepanyol itu dalam satu kenyataan.
Raphinha, calon untuk memenangi anugerah Ballon d’Or, menjaringkan 34 gol dan 25 assist dalam 56 perlawanan bagi semua pertandingan.
Pemain berusia 28 tahun itu adalah penjaring gol terbanyak bersama Liga Juara-Juara (UCL) dengan 13 gol, tetapi Barcelona tersingkir pada separuh akhir di tangan Inter Milan.
Dia menyumbat hatrik ketika menang aksi peringkat kumpulan menentang Bayern Munich dan dua gol ketika aksi terkini Clasico menang ke atas Real Madrid yang mendorong kejayaan Barca untuk mengungguli La Liga. – AFP
