Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raptai Majlis Ramah Mesra Belait

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JULAI – Daerah Belait akan menjadi daerah pembuka tirai bagi Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Belait sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77 yang akan berlangsung pada 22 Julai di Padang Bandaran, Jalan Sultan, Kuala Belait.

    Sehubungan itu, raptai penuh bagi majlis ramah mesra berkenaan telah diadakan di padang berkenaan, hari ini.

    Hadir bagi menyaksikan raptai penuh berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-77 bagi 2023.

    Turut hadir ialah setiausaha-setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap dan pemangku timbalan setiausaha tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pemangku Pegawai Daerah Belait dan ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-77 bagi Daerah Belait.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin semasa meninjau persediaan yang telah dilakukan. – Gambar oleh Daniel Lim
    Peserta yang mengambil bahagian dalam raptai penuh yang diadakan di Padang Bandaran, Jalan Sultan, Kuala Belait. – Gambar oleh Daniel Lim

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda