Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JAN – Beberapa batang jalan di ibu negara telah dikawal selia semasa raptai perarakan Istiadat Perkahwinan Diraja di antara Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dengan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah binti
Adam.
Hadir untuk menyaksikan raptai berkenaan kelmarin ialah menteri-menteri kabinet termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah serta Timbalan Menteri (Urus Tadbir Perkhidmatan Awam) di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Paduka Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos.
Jalan-jalan yang terlibat adalah lampu isyarat Jalan Haji Basir simpang 4 Jalan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (SOAS) dekat balai bomba, Jalan Simpang simpang Jalan Padang, lampu isyarat Jalan SOAS simpang Jalan Dato Taib, lampu isyarat Jalan Tasik simpang Jalan Pehin Dato Isa, lampu isyarat Jalan SOAS simpang Jalan Stoney, lampu isyarat Jalan Kianggeh sim-pang Jalan Bendahara, lampu isyarat Jalan SOAS simpang Jalan Bendahara, lampu isyarat Jalan Kianggeh simpang Jalan Elizabeth II, lampu isyarat Jalan SOAS simpang Jalan Elizabeth II, Jalan Kianggeh simpang Jalan Pemancha, Jalan Kianggeh simpang Jalan Cator, lampu isyarat Jalan Kianggeh simpang Jalan Mc Arthur, lampu isyarat Jalan Mc Arthur simpang Jalan Pretty, lampu isyarat Jalan Masjid SOAS simpang Jalan Elizabeth II serta simpang-simpang keluar dari sepanjang Jalan Stoney.
Satu raptai dijadualkan untuk diadakan pada 5 Januari pukul 7 malam manakala itu raptai penuh akan diadakan pada 6 Januari pukul 8 pagi.