Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OKT – Bagi memastikan kelancaran Majlis Konvokesyen ke-15 Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) yang akan berlangsung esok, sesi raptai penuh majlis berkenaan telah diadakan di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam hari ini.
Hadir bagi menyaksikan raptai penuh berkenaan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan. Turut hadir, Raes KUPU SB, Profesor Madya Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani dan para ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Konvokesyen, pegawai eksekutif, pegawai-pegawai utama, pensyarah serta ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Konvokesyen dan bakal-bakal graduan.
Pada majlis konvokesyen kali ini, seramai 225 bakal graduan akan menerima ijazah dan diploma dalam bidang program masing-masing.
Semua di atas: Antara suasana raptai berkenaan.

