Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raptai penuh pastikan kelancaran majlis

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Majlis Sambutan Hari Guru yang membawa tema Guru Berkualiti Pemacu Transformasi Pendidikan, akan diadakan di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, esok.

    Tema sambutan itu ditambah dengan subtema yang memfokuskan kepada Pendidikan untuk Dunia yang Terus Berubah.

    Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengadakan Raptai Penuh Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam ke-34, di ICC, Berakas, hari ini.

    Hadir bagi menyaksikan latihan berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh.

    Turut hadir semasa latihan itu ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan-timbalan setiausaha tetap di KHEU dan Kementerian Pendidikan serta ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam ke-34.

    Seperti lazimnya, acara kemuncak sambutan itu merupakan majlis pengurniaan anugerah-anugerah Hari Guru.

    Majlis sambutan juga akan diselajurkan dengan pameran Sambutan Hari Guru yang selaras dengan tema sambutan dengan konsep pameran memfokuskan kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Kesenian dan Matematik (STEAM).

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa menyaksikan latihan berkenaan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah pada majlis itu. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda