Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Raptai penuh terakhir Hari Kebangsaan berjalan lancar

    Oleh Nurdiyanah R.

    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 FEB – Cuaca panas terik tidak mematahkan semangat dan komitmen ribuan peserta untuk memberikan yang terbaik demi memastikan perbarisan dan persembahan bagi Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40 (HK-40), semasa raptai penuh terakhir yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, hari ini.

    Hadir bagi menyaksikan sekali gus memastikan acara perbarisan dan persembahan berjalan lancar ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohammad, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei serta ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi HK-40.

    Latihan sepadu terakhir berkenaan menyaksikan penyertaan 25,000 orang peserta secara keseluruhannya yang mengetengahkan acara perbarisan lalu dibahagikan kepada dua kumpulan dengan kumpulan A terdiri daripada kepala perbarisan iaitu pembawa bendera besar, kumpulan pembaca ikrar dan takbir dan pembawa bendera negara dan logo, pasukan beruniform, pasukan kadet, persatuan beruniform dan sektor awam, manakala itu, kumpulan B terdiri daripada sektor pendidikan, persatuan dan syarikat swasta.

    Acara persembahan padang pula merangkumi tiga persembahan dengan persembahan pertama bertemakan Cita Bangsa Sejarah Terukir, persembahan kedua bertema Bersatu Mempertahankan Bangsa dan persembahan ketiga membawakan tema Bersatu Mencapai Cita Negara.

    Pada akhir raptai penuh berkenaan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi menyatakan penghargaan atas komitmen serta mutu persembahan dan perbarisan daripada semua peserta yang mengambil bahagian dalam acara sambutan berkenaan.

    Perbarisan lalu bagi acara raptai penuh Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang Ke-40 Tahun. 

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...