Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raptai perarakan kapal berhias malam esok

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Jawatankuasa Kerja Perasmian Jambatan Sungai Kebun, Perarakan Kapal-kapal dan Perahu-perahu Berhias dan Pertunjukan Bunga Api Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang

    Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta ingin memaklumkan kepada pelaut-pelaut khasnya nelayan-nelayan, pemilik-pemilik perahu tambang serta pengguna-pengguna kawasan perairan Sungai Brunei bahawa sebahagian kawasan berkenaan akan ditutup pada hari Jumaat, 29 September ini mulai jam 7:30 hingga 11:00 malam.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa berkenaan, penutupan sebahagian kawasan perairan Sungai Brunei adalah bertujuan bagi memberi laluan kepada sesi raptai penuh perarakan kapal-kapal dan perahu-perahu berhias semasa raptai yang akan mengambil tempat dari Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan hingga Jambatan Sungai Kebun.

    Oleh yang demikian, para pelaut adalah diingatkan untuk sentiasa berwaspada serta berjaga-jaga dan dinasihatkan untuk tidak menghampiri kawasan raptai tersebut dan mematuhi arahan daripada pihak agensi keselamatan di air yang bertugas demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda