Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raptors bukan tandingan Spurs

    LOS ANGELES, 4 Jan – Pasukan San Antonio Spurs mendominasi Toronto 110-82 semalam, memberikan kekalahan paling buruk bagi pasukan Raptors dalam musim NBA bagi pertemuan pasukan elit.

    Kawhi Leonard menjaringkan 25 mata dan LaMarcus Aldridge menambah 23 mata ketika Spurs, yang berada di tangga kedua dalam Western Conference di belakang Golden State, meletakkan pendahuluan besar suku pertama ketika mereka tidak putus asa.

    Menguasai di semua kedudukan, Spurs mendahului dengan 30 mata ketika berada dalam suku keempat, di mana Leonard, Aldridge, Tony Parker dan Paul Gasol juga mengutip mata.

    Pasukan Spurs, yang ketinggalan di belakang Atlanta pada Ahad lalu, sekarang mengumpulkan 6-1 musim ini dalam perlawanan itu selepas satu kekalahan.

    LaMarcus Aldridge (12) membuat percubaan sambil cuba dihalang oleh pemain Raptors, Jonas Valanciunas (17) dalam separuh masa kedua perlawanan bola keranjang NBA di San Antonio. – AP
    LaMarcus Aldridge (12) membuat percubaan sambil cuba dihalang oleh pemain Raptors, Jonas Valanciunas (17) dalam separuh masa kedua perlawanan bola keranjang NBA di San Antonio. – AP

    Parker menambah 15 mata dan lapan asis yang menyamai purata mata yang dihasilkan pasukan Raptors.

    Spurs, dalam perbandingan, men-catatkan 23 asis, dengan catatan halangan lontaran tinggi, 15 musim ini.

    “Mana-mana pasukan dalam berbahaya apabila anda menggerakkan bola seperti itu,” kata jurulatih Spurs, Gregg Popovich.

    “Ia sukar untuk mengawal apabila bola bertukar pihak. Anda mampu untuk beraksi dengan orang yang terbuka dan jaringan adalah lebih menarik dan ia hanya berganda.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda