Raptors tawan mahkota NBA

OAKLAND, UNITED STATES, 14 JUN – Skuad Toronto Raptors mencipta sejarah apabila berjaya menundukkan juara bertahan Golden State hari ini dengan dengan jaringan 114-110 pada final NBA sekali gus menawan mahkota pertama buat kelab dari luar Amerika Syarikat.

Kyle Lowry dan Pascal Siakam, masing-masing menjaringkan 26 mata, sementara Kawhi Leonard dan Fred VanVleet kedua-duanya mengumpul 22 mata ketika Toronto memenangi siri the best-of-seven.

Leonard dinobatkan Pemain Terbaik Final NBA untuk kali kedua dalam kerjayanya selepas yang pertama pada 2014 bersama San Antonio, yang membuat pemindahan ke Toronto pada Julai lalu.

“Musim panas yang lalu, saya berdepan dengan banyak perkara, saya hanya perlu bekerja keras dan saya fikir tentang matlamat ini di sini,” kata Leonard. “Inilah sebabnya saya bermain bola keranjang, inilah membuatkan saya untuk terus bekerja keras, saya gembira melihat semuanya terbayar.”

The Raptors menjadi kelab pertama Kanada untuk memenangi gelaran sukan utama Amerika Utara sejak Toronto Blue Jays merangkul Siri Dunia Liga Utama Besbol 1993.

Pasukan Toronto Raptors memegang trofi kemenangan selepas berjaya menumpaskan pasukan Warriors, sekali gus menawan mahkota NBA pada perlawanan di Oracle Arena, awal kelmarin. – AFP

“Ia memberi makna kepada bandar dan negara serta pemain-pemain kita,” jurulatih Raptors, Nick Nurse berkata, yang tidak kisah jika tidak memenanginya di tempat sendiri. “Anda meraih kemenangan dan anda gembira kerana mendapatkannya dan meraikan fakta itu.”

The Raptors telah mengecewakan penampilan perpisahan Warriors di Oracle Arena. Tempat asal Golden State sejak 1971 akan digantikan dengan tempat baharu di San Francisco musim depan.

“Untuk sama-sama dapat meraikan kejayaan bersama dengan para pemain adalah sesuatu yang membanggakan,” kata Siakam. “Ia adalah impian untuk mencapai kejayaan ini,” kata pemain tengah warga Sepanyol, Marc Gasol. “Saya tidak pernah bekerja keras seperti ini.”

Klay Thompson menjaringkan 30 mata untuk menerajui Warriors tetapi berdepan dengan kecederaan lutut pada suka ketiga perlawanan. Ia adalah kemunculan terakhir bagi pasukan Golden State.

“Sukar, sukar untuk keluar,” kata Curry. “Saya fikir banyak telah dibuktikan tentang siapa kami sebagai pasukan dan kesukaran yang kami hadapi sepanjang perlawanan playoff.” – AFP