TORONTO, KANADA, 31 MEI – Dengan kelebihan 32 mata yang diperoleh Pascal Siakam, Toronto Raptors berjaya menewaskan juara bertahan, Golden State Warriors dengan jaringan 118-109 dalam perlawanan pembukaan final NBA.
Siakam membuat 14 daripada 17 jaringan dalam perlawanan playoff paling besar dalam kariernya sementara Kawhi Leonard menambah 23 mata dan kedua-dua pemain itu juga menghasilkan lapan rebound dan lima assist.
“Bagi saya, ia merupakan satu perlawanan yang penuh cabaran dan apa jua rintangan, pasti akan saya hadapi,” kata Siakam.
Siakam menjaringkan gol terbanyak dalam pertandingan akhir NBA sejak pemain emas bintang Golden State Kevin Durant pada tahun 2012, dan dia adalah penjaring gol paling tepat meraih 30 mata dalam final sejak Shaquille O’Neal pada tahun 2004.
“Siakam cemerlang, dia melakukan jaringan dalam pelbagai sudut,” kata jurulatih Warriors, Steve Kerr. “Benteng pertahanan mereka hebat dan ia bukan malam terbaik kami, kami kurang menyerlah dalam perlawanan ini.”

Pemain tengah dari Sepanyol, Marc Gasol menambah 20 mata dan Kyle Lowry mengumpul sembilan assist untuk Raptors, yang merangkul kejuaraan dalam siri kejuaraan the best-of-seven yang disambung semula pada Ahad di Toronto.
“Kami bermain sebagai sebuah pasukan yang hebat,” kata Siakam. “Mereka juara dan kami hanya perlu bersedia, kami menang satu perlawanan, kami sangat agresif terhadap pertahanan dan cuba menjadikannya sukar bagi pemain untuk melakukan jaringan secara terbuka.
“Tetapi mereka akan menghadapinya dan mencari strategi tertentu dan kami perlu bersedia untuk itu.”
The Warriors sedang memburu gelaran ketiga berturut-turut dan keempat dalam lima musim, manakala Raptors berada di final NBA yang pertama dalam sejarah 24 musim mereka.
Stephen Curry menjaringkan 34 mata untuk Golden State tetapi Warriors telah gagal mengukuhkan pertahanan untuk berdepan dengan pemain Toronto yang agresif.
“Mereka bermain hebat, mereka layak menang dan kami perlu bermain lebih baik jika kami mahu menewaskan mereka,” kata Kerr.
“Peralihan pertahanan kami agak lemah. Ia merupakan kekalahan pertama Golden State dalam pembukaan siri playoff selepas 12 kemenangan berturut-turut. – AFP