Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rasa ego sembunyikan perasaan cinta

    ULASAN SIRI TV OLEH RUZAINI HAJI DAUD

     

    PENGARAH yang sebelum ini berjaya mengarahkan beberapa buah drama seperti Cheo Yong 2 dan Something About 1%, Kang Cheol-Woo kembali lagi dengan sebuah siri drama terbaru berjudul My Secret Romance.

    Siri drama tersebut juga turut mendapat sentuhan garapan kreatif daripada penulis skrip, Kim Ha-Na.

    Ia juga merupakan penampilan pertama bagi Sung Hoon yang memiliki wajah yang tampan sebagai pelakon utama setelah hanya diberi tanggungjawab sebagai pelakon pembantu di dalam beberapa buah siri drama seperti Five Enough dan Oh My Venus.

    Selain Sung Hoon, siri drama ini juga turut dibintangi oleh beberapa orang pelakon seperti Song Ji-Eun yang merupakan salah seorang anggota K-pop terkenal dari Korea, Secret, Kim Jae- Young dan Jeong Da-Sol dan ramai lagi.

    Kisah drama ini menumpukan kepada watak Cha Jin-Wook lakonan Sung-Hoon yang merupakan seorang anak dari keluarga kaya. Keluarga beliau menjalankan sebuah perniagaan besar di Korea Selatan.

    Salah satu adegan yang ditampilkan dalam siri drama My Secret Romance.
    Salah satu adegan yang ditampilkan dalam siri drama My Secret Romance.

    Beliau merupakan pewaris kepada kekayaan tersebut, memiliki sifat dingin, sering mempermainkan cinta wanita sehingga kerap bertukar-tukar pasangan dan lebih gemar untuk menghabiskan masanya dengan berhibur di kelab-kelab malam.

    Manakala, Yumi Lee lakonan Song Ji Eun pula merupakan seorang wanita muda bujang dan memiliki keperibadian yang cukup positif dan menarik.

    Tanpa diduga Cha Jin Wook dan Yumi Lee telah bertemu secara tidak sengaja dan mereka mula tertarik di antara satu sama lain tanpa sengaja hanya dalam tempoh waktu yang singkat dan hubungan mereka juga terus terputus.

    Selepas tiga tahun mereka bertemu kembali dan masing-masing juga cuba untuk tidak menenali di antara satu sama lain.

    Dalam pada masa yang sama, Jung Tae-Hyun lakonan Kim Jae Young yang merupakan seorang pemilik kedai buku juga turut mencintai Yumi Lee namun cinta tersebut jelas tidak berbalas dan ia tetap terus berusaha untuk mencairkan hati wanita itu.

    Lalu bagaimana pula dengan nasib pertemuan di antara Cha Jin Wook dan Yumi Lee yang berlaku selepas tiga tahun terputus hubungan itu. Adakah pertalian hubungan di antara dua insan itu kembali bertaut atau tidak.

    Justeru, untuk mengetahui kesudahan mengenai siapakah yang bakal mengisi kekosongan hati Yumi Lee dan apa pula yang bakal terjadi kepada karakter-karakter yang lain jangan terlepas untuk terus menonton siri drama My Secret Romance sehingga ke penghujungnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda