Saturday, April 19, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rasa nikmat kopi Turkiye

    TURKIYE – Bagi awda yang bosan dengan Americano dan latte manis, kopi Turkiye mungkin yang awda perlukan. Jika awda seorang penggemar kopi, mengapa tidak mencuba kopi Turkiye, yang terkenal sebagai salah satu kopi terkuat mempunyai tahap kafein yang tinggi.

    Turkiye, sebuah negara yang mempunyai sejarah kopi lebih 1,000 tahun, membuat kopi dengan cara tradisional. Juga dikenali sebagai kopi pasir, awda memerlukan pasir yang dipanaskan dalam kuali di atas alat pemanas sebelum membuat kopi.

    Kopi dan air yang dikisar halus direbus dalam kuali khas yang dipanggil Cezve diletakkan di atas hamparan pasir yang dipanaskan hingga melebihi 300 darjah Celsius. Pasir, memanaskan bahagian bawah kuali secara rata, membantu membangkitkan rasa dan aroma. Ia juga membuatkan kopi mendidih perlahan-lahan, sehingga terhasillah kopi yang kaya dan kuat dengan lapisan buih tebal di atasnya.

    Terletak di lorong belakang Garosugil di Sinsa-dong, Gangnam, Nontanto Coffee sudah terkenal dalam kalangan penggemar kopi kerana rasa kopinya yang kuat dan unik.

    Kegilaan terbaharu terhadap Kaymak, sejenis makanan tenusu berkrim seperti krim pekat, menjadikan tempat itu kini juga terkenal dengan pencuci mulutnya, seperti Kaymak yang dihidangkan di atas roti bakar dan dicampur dengan madu.

    Latte krim keemasan (kiri) dan kopi hitam asli Cezve. – ANN/The Korea Herald
    Pasir panas di atas kuali (kiri) dan tempat membancuh kopi (kanan) di Nontanto Coffee.
    – ANN/The Korea Herald
    Gambar ANN/The Korea Herald
    Seorang kakitangan membancuh kopi di atas pasir panas. – ANN/The Korea Herald
    Nontanto Coffee terletak di lorong belakang Garosugil di Sinsa-dong, Gangnam. – ANN/The Korea Herald
    Gambar ANN/The Korea Herald
    Gambar ANN/The Korea Herald
    Gambar ANN/The Korea Herald

    Semasa mula-mula melangkah ke kafe kecil itu, awda akan melihat kuali pasir gergasi di hadapan kaunter. Suasana di dalam kafe itu berkilat dan bukannya suasana tradisional Turkiye.

    Kopi Nontanto, yang bermaksud ‘tidak begitu kuat’ dalam bahasa Itali, menawarkan minuman yang tidak terlalu kuat dan terlalu lembut.

    Walaupun warna hitam asli Cezve khasnya kelihatan seperti espreso, rasanya agak berbeza  kuat tetapi sangat halus, malah manis, walaupun ia kelihatan sangat pahit. Apabila bercakap tentang tekstur, fikirkan misugaru minuman tradisional Korea yang dibuat dengan bijirin serbuk. Dengan menghirup, kisaran kopi halus juga akan masuk ke dalam mulut awda.

    Untuk Cezve asli Americano awda boleh memilih antara kafe-signature black, Honduras, Guatemala dan Ethiopia.

    Apabila awda telah menghabiskan tiga perempat daripada kopi, letakkan cawan terbalik pada piring supaya awda melihat kesan yang dihasilkan oleh kopi di dalam cawan. Ia merupakan tradisi Turkiye untuk mentafsir imej noda untuk memberitahu nasib.

    Bagi awda yang tidak mahu minuman mengandungi kafein yang tinggi, awda boleh mencuba versi tanpa kafein.

    Latte krim keemasan kafe tersebut sangat halus dan seimbang, kerana espreso yang diekstrak di Nontanto sudah cukup kuat.

    Menu bukan kopi termasuk coklat latte, ade halia dan jenis teh termasuk chamomile. – ANN/The Korea Herald

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda