Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rasa syukur lengkapkan 30 juzuk bacaan Al-Quran

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 FEB – Jemaah subuh tadarus Al-Quran Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri, hari ini, telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi menzahirkan rasa syukur selepas melengkapkan bacaan 30 juzuk.

    Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan disusuli dengan bacaan surah-surah ayat lazim bermula daripada Surah Ad-Dhuha sehingga An-Nas yang telah dipimpin oleh Haji Annuar bin Penghulu Haji Ibrahim.

    Pada majlis itu, bacaan takhtim dan seterusnya bacaan Doa Khatam dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh imam masjid berkenaan, Haji Shamsul bin Haji Abdul Latif.

    Jemaah berkenaan telah mengadakan ibadah bertadarus setiap hari selepas menunaikan sembahyang Fardu Subuh yang juga dihasratkan untuk mengimarahkan lagi masjid berkenaan.

    Majlis yang berlangsung di Masjid Hassanal Bolkiah itu merupakan Majlis Khatam Al-Quran kali pertama bagi 2024.

    Gambar ramai jemaah tadarus Subuh masjid berkenaan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Antara jemaah tadarus Subuh yang menyertai majlis khatam Al-Quran tersebut. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda