Rasai permainan sebenar

Oleh Haziman Yussop

Wolfenstein merupakan permainan video bersiri dengan berkonsepkan aksi yang pada mulanya dicipta oleh Muse Software sebelum dicipta semula oleh id Software.

Buat pertama kalinya, permainan video ini telah diterbitkan pada tahun 1981 dengan tajuk Castle Wolfenstein. Ia sudah mengeluarkan sebanyak 13 buah siri dan nama bagi permainan video terkini adalah Wolfenstein : Cyberpilot, dikeluarkan pada tahun 2019.

Bagi menyambung semula siri ini, banyak pihak penerbit yang sanggup untuk mengeluarkan siri baharu supaya permainan ini sentiasa mencipta aksi-aksi yang mengikut kesesuaian peredaran zaman dan teknologi yang semakin canggih ini. Penerbit yang pertama ialah Muse Software. Daripada tahun 1981 sehingga 1984, Apogee Software, 1992, Activision, dari 2001 sehingga 2003 dan tahun 2009, EA Mobile, 2008 dan Bethesda Softworks dari 2014 sehingga kini.

Wolfentein : Cyberpilot boleh dimainkan di Xbox One, Playstation 4, Nintendo Switch, OS X dan sebagainya.

Sejarah permainan video

Siri Wolfenstein ini dimulakan pada tahun 1981 dengan berkonsepkan pengembaraan secara sembunyi iaitu Castle Wolfenstein. Permainan ini menumpukan dengan Perang Dunia Kedua, iaitu seorang tentera Amerika ditahan di penjara Jerman, istana Wolfentein. Objektifnya adalah untuk mencuri pelan rancangan operasi Rheinghold dan melarikan diri daripada tempat itu sementara mengelak dirinya daripada dijumpai atau membunuh tentera keselamatan semasa membuat misi tersebut.

Pemain menggunakan senjata mesin untuk menumpaskan musuh.
Salah satu aksi dalam menumpaskan dua buah robot.
Salah seorang pemain menggunakan VR untuk permainan video ini.
Robot yang digunakan oleh pemain untuk mengalahkan musuh.

Siri-siri yang telah dikeluarkan dalam permainan video ini adalah Beyond Castle Wolfenstein, Wolfenstein 3D, Wolfenstein 3d : The Spear of Destiny, Return to Castle Wolfenstrein, wolfenstein : Enemy Territory, Wolfenstein RPG dan yang terkini, Wolfenstein Cyberpilot.

Jalan cerita

Wolfenstein: Cyberpilot yang dikeluarkan pada tahun 2019 masih berkonsepkan aksi. Permainan video ini mengisahkan dengan 20 tahun selepas situasi dengan era baharu, iaitu seorang watak utama sebagai penggodam komputer telah bekerja dengan syarikat Perancis yang memusuhi persatuan Nazi. Oleh itu, pemain perlu membantu pihak Perancis dengan mengawal dan memusnahkan senjata perang Nazi yang sangat kuat.

Para pemain juga perlu mencuri senjata-senjata Nazi dan menggodam segala robot untuk menjadikan musuh kepada Nazi.

Kajian daripada pemain

Menurut The Games Machine, permainan video ini mempunyai banyak potensi dan menyediakan pelbagai strategi dan idea-idea yang baharu, namun, pihak ini mengatakan misinya terlalu pendek dan tidak banyak.

Push Square pula mengatakan ia sebuah pengalaman indah walaupun permainan video ini tidak mempunyai jalan cerita yang panjang. Dengan aksi-aksi yang luar biasa dan letupan yang hebat menggambarkan seperti aksi sebenar. Mereka juga mampu melihat bagaimana alam sekitar tahun 80an semasa di Perancis.

Metro Game Central menyatakab bahawa permainan video ini sangat baik kerana mereka telah mencipta sesuatu yang bersesuaian dengan teknologi sekarang iaitu mengeluarkan terbitan untuk permainan VR. Dengan adanya VR, para pemain mampu merasai seperti berada di tempat tersebut dengan mengalahkan dan membunuh musuh-musuh di hadapannya. Walau bagaimanapun, secara teknikalnya, terdapat waktu-waktu yang sangat seronok dan sebaliknya. Ia juga memberikan misi yang sangat pendek untuk sebuah permainan video yang mampu menggunakan permainan VR.

Pihak Shuldresh menyatakan bahawa mereka telah bermain sehingga misi Panzehund dan menggunakan dron dalam permainan video ini. Buat masa ini mereka sangat suka dengan permainan ini dan mereka juga tidak pasti kenapa ramai yang mengkritik dengan permainan video in. Ia sangat pendek untuk sebuah permainan video, namun misi-misi dan cara pengembaraan permainan ini sangat seronok untuk dimainkan.

Perkembangan

Seperti yang dapat dilihat, permainan video ini telah membuat banyak siri iaitu daripada tahun 1981 sehingga sekarang. Semua ini bermaksud, pihak penerbitan memberikan sokongan terhadap permainan ini kerana mereka percaya permainan ini mempunyai banyak potensi dan mampu dicipta dan direka lagi pada masa akan datang dengan kesesuaian teknologi permainan video pada masa akan datang.

Pada tahun ini juga mereka telah mencipta permainan video ini untuk VR iaitu suatu teknologi yang berdasarkan sebuah alat yang membolehkan kita menggerakkan badan dan watak dalam permainan itu akan mengikut dengan apa yang kita buat. – Agensi