BURTON-ON-TRENT, 31 Mei – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho tidak mempengaruhi keputusan bagi mengetepikan Marcus Rashford daripada tugasan Bawah-21 tahun Kejohanan Eropah, kata pengurus England, Gareth Southgate (gambar).
Southgate sering kali menekankan kepentingan dalam memberikan pengalaman buat pemain muda tetapi dia meletakkan Rashford ke dalam skuad seniornya, berbanding membenarkan pemain itu bermain dalam kejohanan Bawah-21 Euro di Poland, bulan depan.
Mourinho juga menyuarakan pandangannya mengenai Rashford ke Poland tetapi Southgate berkata, keputusan untuk memanggil pemain 19 tahun itu dalam perlawanan England menentang Scotland dan Perancis adalah keputusannya sendiri.
“Saya tidak bercakap dengannya (Mourinho),” kata Southgate, bekas pengurus England Bawah 21 kepada media di St George’s Park di Burton-on-Trent.
“Evolusi Marcus musim ini sangat jelas dari segi tanggungjawab yang dimilikinya di kelabnya.
“Apabila saya melihat perlawanan seperti di gelanggang lawan di Chelsea dalam aksi piala ketika dia bermain secara sendiri (di depan) untuk tempoh yang lama dalam permainan, perlawanan menentang Chelsea di Old Trafford, perlawanan Eropah, suku akhir, separuh akhir, di mana dia memberikan impak besar dalam perlawanan utama, dia harus berada dalam skuad kami. – AFP
“Satu-satunya keputusan untuk saya adalah, adakah kami akan meletakkannya dalam kedua-duanya sekali?”.
Southgate menambah: “Kunci utama buat kami bukanlah hubungan dengan Jose; Ia adalah hubungan bersama Marcus.
“Dan memastikan yang dia tidak merasakan yang kami bukan hanya meletakkan dia di mana-mana bagi mencuba untuk mencapai objektif yang sesuai buat kami.
“Kami sangat serius mengenai perkembangan kejohanan tetapi apabila kami berurusan dengan pemain muda, kami juga harus serius mengenai pembangunan peribadi mereka sendiri.
“Ini kerana, dia mempunyai potensi yang sangat besar dan kami perlu mengawalnya dengan cara yang betul bagi mencuba dan membawanya ke laluan yang kami diinginkan untuk jangka panjang.” – AFP