MANCHESTER, 11 JAN – Marcus Rashford turun dari bangku simpanan untuk menjaringkan dua gol ketika Manchester United menewaskan Charlton 3-0 untuk mara ke separuh akhir Piala Liga kelmarin, manakala Newcastle menewaskan Leicester 2-0.
Pasukan United membuat lapan pertukaran ketika Erik ten Hag merehatkan pemain untuk pertemuan derby pada Sabtu menentang Manchester City di Old Trafford.
Salah seorang daripada mereka dikekalkan dalam kesebelasan utama ketika kemenangan 3-1 ke atas Everton Jumaat lalu ialah Antony, yang berjaya jaringan gol pada minit ke-21.
Charlton mendapat sokongan daripada 9,000 orang penyokong dan pasukan divisyen tiga itu mengikat kedudukan walaupun Ten Hag menurunkan Casemiro, Rashford dan Christian Eriksen dari bangku simpanan pada setengah jam terakhir.
Rashford akhirnya mengesahkan kemenangan untuk tuan rumah pada minit ke-90, menjaringkan gol untuk perlawanan kelapan berturut-turut di Old Trafford.

Pemain antarabangsa England itu kemudian mencatatkan rekodnya untuk musim ini kepada 15 dengan penyudah hebat daripada hantaran Casemiro pada masa kecederaan.
“Kami perlu mara ke separuh akhir dan kami melakukan tugas itu,” kata Ten Hag.
“Saya fikir kami sepatutnya menamatkan permainan lebih awal tetapi yang penting kami berjaya mencapai objektif dan pujian harus diberikan kepada pemain.”
Newcastle mara ke separuh akhir Piala Liga buat kali pertama sejak 1976 ketika anak buah Eddie Howe bergerak selangkah lebih dekat untuk menamatkan penantian selama 54 tahun untuk merebut trofi di Tyneside.
“Ia bermakna segala-galanya untuk memenangi trofi tetapi kami hanya perlu fokus pada perlawanan seterusnya,” kata pertahanan kanan Newcastle, Kieran Trippier. – AFP

