Wednesday, February 12, 2025
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rashford mahu cetak 40 gol

    LONDON, 4 OGOS – Marcus Rashford kelmarin meramalkan bahawa dia mampu mencipta 40 gol musim ini, setelah mendengar Wayne Rooney menyokongnya untuk memecahkan rekod jaringan Manchester United.

    Rooney menduduki senarai penjaring sepanjang zaman di Old Trafford dengan 253 gol, tetapi Rashford, 25, yang baru-baru ini menandatangani kontrak lima tahun baharu, kelihatan dalam kedudukan yang baik untuk suatu hari nanti mengatasi jumlah itu.

    Jumlah 30 gol yang dijaringkan olehnya pada musim lalu membawanya kepada 123 gol.

    “Kita tidak pernah tahu apa yang akan berlaku, tetapi saya hanya mahu menumpukan perhatian kepada menjaringkan gol dan cuba membuat hantaran. Pasti ada kemungkinan ia boleh berlaku,” kata Rashford ketika ditanya mengenai rekod sepanjang zaman United oleh Rooney.

    “Saya sebenarnya telah bercakap dengan Wayne mengenainya – dia mahu saya melakukannya. Dia berkata adalah baik untuk saya melakukannya kerana saya telah membesar di kelab ini. Mudah-mudahan saya mendapat peluang untuk mencuba dan merealisasikannya.”

    Dalam temu bual dengan bekas pemain pertahanan United, Gary Neville dalam siaran Overlap, Rashford berkata dia percaya dia boleh menjaringkan 40 gol jika dapat kekal cergas pada musim akan datang.

    “Sebelum musim lalu, saya selalu berkata mari kita capai 20 gol – sebagai pemain sayap, ini merupakan satu penanda aras yang baik.

    “Tetapi musim ini, saya sudah mencapai 30 gol, jadi kita perlu berusaha mendorong lebih jauh dan melangkaui tahap itu,” tambahnya. – AFP

    Aksi Thorgan Hazard dari Borussia Dortmund (kiri), dan Rashford semasa perlawanan bola sepak persahabatan di Las Vegas, 30 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda