Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Rashford, Sancho disisihkan dari skuad England

    LONDON, 18 MAC – Penyerang Manchester United, Marcus Rashford dan Jadon Sancho kelmarin tidak disenaraikan dalam skuad England kendalian Gareth Southgate untuk perlawanan persahabatan bulan ini menentang Switzerland dan Ivory Coast.

    Southgate turut menyisihkan pemain pertahanan Manchester City, Kyle Walker dalam senarai 25 pemainnya untuk perlawanan di Wembley pada 26 dan 29 Mac nanti.

    Ben White kembali bersama skuad selepas prestasi cemerlang bersama Arsenal dan pemain pertahanan Crystal Palace, Marc Guehi turut dipanggil buat kali pertama.

    Nick Pope kembali dipanggil untuk menggantikan Sam Johnstone sebagai penjaga gol pilihan ketiga, sementara Declan Rice dan James Ward-Prowse turut tersenarai.

    Pemain yang diketepikan akibat kecederaan termasuk Ben Chilwell dan Kalvin Phillips, dan Luke Shaw kini satu-satunya pemain dalam skuad Manchester United yang terpilih dan calon tunggal untuk bek kiri.

    Ketika Rashford bergelut di Old Trafford pada musim ini, Sancho mula menemui rentak selepas United membelanjakan 73 juta pound untuk khidmat pemain itu tahun lalu.

    Walker merupakan pemain disisihkan yang mengejutkan, dengan Trent Alexander-Arnold dan Reece James mengisi slot bek kanan. – AFP

    Penyerang Manchester United, Marcus Rashford tidak dipilih untuk mewakili England bagi perlawanan persahabatan menentang Switzerland dan Ivory Coast.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...