Monday, January 27, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rashford selamatkan United

    PARIS, 7 OKT – Manchester United bangkit daripada ketinggalan selepas kekalahan memalukan kepada Manchester City dengan menewaskan kelab Cyprus, Omonia Nicosia 3-2 dalam aksi Liga Europa semalam.

    Marcus Rashford meledak dua kali dan Anthony Martial turut menemui sasaran selepas kedua-dua pemain itu dimasukkan pada separuh masa kedua.

    United mendahului selepas pemain Iran, Karim Ansasrifard memberikan gol kejutan pada minit ke-34. Nikolas Panagiotou pula merapatkan jurang ketika permainan berbaki lima minit untuk Omonia kendalian Neil Lennon.

    Ia adalah kemenangan kedua United kendalian Erik ten Hag selepas tiga aksi Kumpulan E.
    “Tugas selesai, tetapi kami berharap dapat beraksi lebih baik. Kami tidak bertahan dengan teruk, tetapi kami melakukan kesilapan,” kata Rashford.

    Cristiano Ronaldo, yang merupakan pemain gantian ketika kekalahan 6-3 United kepada Manchester City, bermain penuh 90 minit pada penampilan keempatnya dalam kesebelasan utama kelab musim ini.

    United kini kekal di tangga kedua kumpulan di belakang Real Sociedad, yang menang buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Sheriff Tiraspol 2-0 di Chisinau. – AFP

    Aksi Marcus Rashford (kiri) semasa meledak gol pada perlawanan di antara Omonia Nicosia dan Manchester United di Stadium GSP di ibu negara Nicosia pada 6 Oktober 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda