Saturday, July 26, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rashford sertai Barcelona secara pinjaman sehingga 2026

    BARCELONA, 24 JULAI – Juara La Liga, Barcelona kelmarin mengumumkan ketibaan penyerang Manchester United, Marcus Rashford secara pinjaman sehingga 30 Jun 2026, dengan pilihan untuk pembelian tetap pada masa hadapan.

    “Barcelona dan Manchester United telah mencapai persetujuan bagi peminjaman pemain Marcus Rashford sehingga 30 Jun 2026,” menurut kenyataan rasmi kelab Sepanyol itu.
    “Perjanjian ini juga menetapkan pilihan untuk membeli penyerang England itu.”

    Menurut laporan media Sepanyol, Barcelona akan membayar kira-kira 75 peratus daripada gaji mingguan Rashford yang berjumlah 325,000 juta pound (AS$435,000) sepanjang tempoh dia berada di kelab itu.

    Rashford, yang telah diketepikan oleh pengendali Manchester United, Ruben Amorim, sebelum ini menghabiskan penghujung musim 2024/2025 secara pinjaman di Aston Villa.

    Amorim secara terbuka mempertikaikan komitmen dan keinginan Rashford untuk menyarung jersi United, menyebabkan pemain itu tersisih daripada skuad
    utama.

    Rashford membuat penampilan sulung bersama United pada tahun 2015 dan telah menjaringkan 138 gol dalam 426 perlawanan bersama kelab itu.

    Bagaimanapun, aksi terakhirnya bersama skuad The Red Devils adalah pada Disember lalu. – AFP

    Marcus Rashford yang menyertai Barcelona secara pinjaman dari Manchester United, memegang jersinya semasa majlis pengenalan rasmi di Stadium Camp Nou, Barcelona pada 23 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda